K.E.R.J.A.S.A.M.A.

July 10, 2010

Wahh..assalamualaikum..

Lama sungguh kita tidak meng “update” informasi di sini..maaf ya.:)

Sibuk sedikit..afwan jiddan1..

 

Okehlah teman pembaca, hari ini kita nak cakap satu benda simple jak..simple sangat2 iaitu tentang

K.E.R.J.A.S.A.M.A.

Ya..kerjasama..kalian suma confirm faham maknanya kan ? insyaallah J.

 So.. before we move on.. pa kata kita sama-sama teman buat refleksi diri sebentar..fikir-fikirkanlah.. adakah teman orang yang punya semangat kerjasama? Jikalau ya, tahniah teman..moga Allah memberkatimu..

Jika belum, marilah bersama-sama kita memupuknya…teman mungkin lupa, manusia itu tidak mampu hidup sendiri..sedangkan Nabi Adam; manusia pertama di bumi juga ditemani Hawa. Lantaran, kalau tidak hidup sendiri, mana mungkin tidak mahu berkerjasama.. nanti yang fulan ke sano, yang kamu tu ke sini..bila-bila pun takkan maju teman!

Cubalah tengok umat akhir zaman ni.. especially lah kita orang islam ni..semangat kerjasama tu kurang sangat-sangat khususnya kerjasama tok kemajuan bangsa.. tapi kalo kerjasama tok jatuhkan orang..aduyh, orang islam lah paling kuat semangatnya..berkobar-kobar!

Tu lah sebab bangsa kita susah maju..takda kerjasama tok kebaikan..kalo kehancuran tu adalah. Tak payah pergi jauh..cuba lihat fenomena di sekolah..kalo ada program  berkaitan ngan islam..yang involvekan diri boleh dihitung pakai jari..sikit sangat..tapi kalo nak pesta ke, tak payah nak merayu atau memohon..ramai yang sudi membantu..

Napa eyh orang islam ni susah nak kerjasama untuk kebaikan bangsanya. Cuba kita tengok orang-orang non-muslim tu.. kalo ada program agama, camp, seminar ka kat church, sanggup datang..jauh2 pun datang. Sangat-sangatlah kuat kerjasama mereka..tu sebab mereka maju, kerana kerjasama.. orang yahudi pulak..kerjasama juga..tu sebab orang yang kita gelar iblis tu maju..tengoklah..takkan kita nak iblis-iblis tu maju..kita ni, yang masih manusia..takkan terus kat tampuk lama..terus menompang dagu..mengelamun..mengharap bulan jatuh riba!

Aduyh teman..bulan tu takkan jatuh..unless kita yang berusaha ambil…dan kalau nak ambil tu, sorang-sorang susah..kenalah mintak tolong kat kawan-kawan..kena ada yang namanya kerjasama.. barulah pat capai cepat..kalo sorang jer buat, melaratlah hidup. Betul kan?

Tu lah sebab pujangga pesan ;

MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT

 

 

 

 

Al-FATEH..PENAKLUK CONSTANTINOPEL

March 29, 2010

>>Walaupun artikel ini agak panjang, namun peruntukkanlah sedikit masa untuk membacanya. Ayuh, mari kita mengenali, menghayati dan mencontohi ketokohan, kekuatan, kebijaksanaan dan ketaqwaan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Dirinya diisyaratkan oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadis. Nabi s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq bersabda: “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam ...


Continue reading...
 

25 nasihat Luqmanul Hakim

March 28, 2010

Mari kita hayati bersama beberapa pesanan/nasihat yang telah diberikan oleh Luqmanul Hakim…


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada Allah .

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima
nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah...

Continue reading...
 

Cara betul ketika memberi dan menjawab salam....

March 28, 2010

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain

Baginda SAW memberi salam dengan lafaz Assalamualaikum dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;
Beri salam dengan ucapan
- “Assalamualaikum”
dan…
Jawab salam -
 “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,ramai orang jawab...


Continue reading...
 

JOM MAKAN :)

March 28, 2010
RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM...

 
Madu
--Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Al-Quran mengiktiraf ia 'shifa' iaitu penyembuh penyakit.Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,membaca,merancang dan bermesyuarat.
Kismis
--Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.Adab memakannya ialah dengan mengadap kiblat,membaca Bismillah dan sela...

Continue reading...